Ummi nekad. Sebaik saja kahwin, Ummi nak terus pregnant. Ummi tak nak tunggu lagi sebab di USJ Ummi tinggal sorang. Abah di Kuantan. Ummi doa tiap-tiap hari. Alhamdulillah, Ummi bunting pelamin. Selepas beberapa minggu bernikah, Ummi dah mual-mual dan muntah-muntah. Doctor sahkan yang Ummi pregnant. Semua orang happy. Syukur pada Allah.
Sepanjang tempoh pregnant, Ummi kerja di Fr1tz USJ. Ummi di USJ, Abah di Kuantan. Every weekend, Abah drive balik ke USJ. Cuma sekali sekali saja Ummi akan terbang ke Kuantan. Ummi mabuk sikit-sikit saja. Tak teruk sangat. Awal awal pregnant saja Ummi tak berapa selera makan. Lepas pada tu, Ummi sangat berselera. Badan Ummi pun naik bagai di pam2 hehe.. Kaki Ummi sembab. Kasut ketat. Baju semua ketat. Ummi sangat suka makan coklat sepanjang tempoh pregnant.
Lagi 2 minggu due date, Abah dah ambik cuti. Opah pun datang untuk jaga Ummi. Ummi still lagi pergi kerja. Tapi bila Ummi dah tak larat sangat-sangat, baru lah Ummi ambik cuti. On the due date, Ummi dah rasa sakit-sakit rengat. Abah bawak Ummi pergi maternity clinic di USJ. Dr Dato' Subramani@am check dan kata lambat lagi sebab Kakak masih tinggi. Agaknya Kakak sangat selesa dalam perut Ummi. Abah bawak Ummi dan Opah pergi rumah Opah Lang di Kg M3layu Suba@ng. Dalam pada tu, Ummi rengat setiap 10 minit. Malam tu, 17 Ogos 2000, masa nak tidur, Ummi mintak Abah urut belakang Ummi sebab Ummi rasa sakit sangat. Tiba-tiba, "Apa ni?" kata Abah sebab ada air macam tumpah penuh atas tilam. "Jom! jom! pergi hospital" kata Abah lagi. Rupanya waterbag pecah. Ummi memang tak berapa faham pada mulanya tapi Ummi siap-siap juga untuk ke hospital. Masa turun tangga, bercucuran air atas tangga.
Sampai kat hospital, gelap saja. Memanglah. Dah dekat pukul 1 pagi. Abah tekan button. Nurse keluar dan buka pintu. Ummi dan Abah naik ke ruang bersalin. Ummi baring kat katil. Nurse check bukaan. Masa tu dah ada sikit bukaan. Rengat datang hampir setiap 5 minit. Sakit betul. Ummi dapat rasa Kakak gerak sana sini. Then, nurse pasang CTG kat perut Ummi. Sekali sekala nurse datang check lagi. Lepas 1cm, 1 cm buka. Dekat subuh, Dr Subra datang. Dia check lagi. Bukaan dah 7cm. Dia suruh tunggu dulu. Ummi dah sakit sangat-sangat dah. Tak boleh langsung Abah jauh. Abah pulak ngantuk sesangat. Ye lah.. Abah tak sakit. Sepanjang malam tak tidur, mestilah ngantuk.
Dekat-dekat pukul 7 pagi, Dr Subra datang lagi. Check bukaan. Masih 7cm. Ummi dah tak tentu arah dah. Rasa sakit sangat-sangat. Macam nak terb*r*k pun ada hehe.. Doctor tengok report CTG. Doctor bagi tahu heartbeat kakak makin perlahan. Air ketuban dah banyak keluar. Doctor takut kakak lemas dalam perut Ummi. Doctor advise untuk buat operation saja sebab nampaknya bukaan tak berganjak dari 7cm. Takutnya Ummi dengar bila doctor bagi tahu kena operate. Ada 2 benda yang Ummi risau. Satu, pasal cost yang mungkin tinggi. Dua, Ummi takut mati. Ummi tanya pendapat Abah. Abah kata jangan fikir pasal duit sebab duit boleh cari. Tapi, nyawa takde gantinya. Tapi Ummi masih risau. Selamat ke operate tu? Ummi dengar ramai orang mati bersalin. Takutnya la.. Abah yakinkan Ummi takde apa yang perlu dirisaukan.
Ummi dibawa ke operation theater. Ummi sangat berdebar. Lampu dipasang. Nurse dah bersiap-siap. Doctor dah siap. Doctor tanya a few questions pada Ummi. Doctor bagi injection anaesthetic. Tak lama lepas tu Ummi tak ingat apa-apa lagi. Mengikut rekod Kakak keluar tepat jam 8.05am. Tapi Ummi sedar lambat betul. Dah tengahari baru Ummi sedar. Itu pun belum boleh buka mata.
Ummi dengar Abah bagi tahu,"kita dapat baby girl..". Terdetik kecewa di hati Ummi. Memang Ummi nak anak lelaki mulanya. Walaupun dah berkali-kali doctor bagi tahu masa scan yang kakak is a girl, Ummi masih berdoa untuk kakak jadi lelaki. Lawak betul Ummi. Tapi Alhamdulillah, sebaik saja Ummi buka mata dan tengok muka kakak, Ummi bersyukur pada Allah. Kakak selamat lahir didunia.
Walaupun kakak dah selamat keluar, Ummi masih sakit. Perut Ummi sangat-sangat sakit. Ketawa sikit je rasa sakit. Tetiba Ummi batuk sedangkan sebelum ni okay saja. Bila batuk, sakit betul perut Ummi. Tapi takpe, demi kakak, Ummi tak kisah pun. Ummi belajar menyusukan kakak. Sudah betul rasanya. Kakak pun macam tak suka aje susu Ummi. Mungkin Ummi tak reti bagi susu. Sebab tu Kakak tak suka.
Tengahari 18 July 2000 tu, Ummi dan Abah berfikir untuk bagi nama apa pada Kakak. Semua nama yang Ummi suggest, Abah tak terima. Bila Abah balik lunch, Abah bagi tahu. "Abang dah ada nama untuk anak kita.. Sophea!". Spelling nama kakak tu Ummi yang buat. Abah boleh pilih nama tapi spellnya Ummi la... Sophea.. semoga menjadi anak solehah.. Ameen...